Tuntut Bonus Anda « Promosi Bonus Tanpa Deposit Apakah strategi BREAKOUT TRADING? « XM FOREX MALAYSIA

Apakah strategi BREAKOUT TRADING?

Strategi BREAKOUT: Menembusi Julat untuk Memaksimumkan Keuntungan

Strategi BREAKOUT bertujuan untuk memasuki perdagangan sebaik sahaja harga berjaya keluar dari julatnya. Pedagang mencari momentum yang kukuh, dan penembusan sebenar adalah isyarat untuk memasuki kedudukan dan mengambil peluang dari pergerakan pasaran.

Pedagang boleh membuka posisi di pasaran dengan memantau PRICE-ACTION atau dengan meletakkan pesanan BUY-STOP dan SELL-STOP. Biasanya, STOP diletakkan di bawah level RESISTANCE dahulu atau di atas level SUPPORT sebelumnya. Untuk sasaran EXIT, pedagang boleh menggunakan level SUPPORT dan RESISTANCE yang biasa.

Apa Itu Level SUPPORT dan RESISTANCE?

Sebelum kita melangkah lebih jauh, penting untuk memahami apakah level SUPPORT dan RESISTANCE. Apabila anda mengetahuinya, anda akan lebih jelas dalam mengenal pasti harga BREAKOUT daripada level tersebut.

Level SUPPORT

Jika anda menggunakan analisis teknikal untuk dagangan anda, memerhati carta pada tempoh masa yang berbeza akan menunjukkan beberapa level SUPPORT - kawasan di mana harga biasanya disokong.

Level SUPPORT merujuk kepada 'lantai' harga. Ini bermakna harga cenderung kekal pada level ini kerana terdapat SUPPORT (pembeli) yang kukuh.

Level RESISTANCE

Level RESISTANCE adalah lawan kepada level SUPPORT. Dalam carta, anda akan menemui level RESISTANCE – kawasan di mana harga biasanya dihentikan dan tidak dapat naik lebih tinggi untuk satu tempoh masa.

Contoh Level Support dan Resistance pada carta forex

Level SUPPORT dan RESISTANCE adalah isyarat kuat di mana harga cenderung untuk berhenti dan membuat pembalikan.

No comments:

Post a Comment

Back to Top